Terma dan Syarat
Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap dan menggunakan kemudahan di Astana Kasih Homestay.
Untuk tempahan di Astana Kasih Homestay anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan.
Astana Kasih Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). Jika anda ingin menginap di Astana Kasih Homestay, anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran mengikut harga Invois yang kami whatsapp atau emailkan kepada anda. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Polisi Astana Kasih Homestay adalah "First Pay, First Served". Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di HomeStay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka Invois anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda.
Astana Kasih Homestay hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (CHECK-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan wajib menunjukan kad pengenalan. Pihak Astana Kasih Homestay tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.
Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di Astana Kasih Homestay adalah 9 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan maksima 15 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
Sila patuhi waktu daftar masuk (check in) dan waktu daftar keluar (check out) yang telah ditetapkan semasa membuat tempahan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan hanya dibenarkan dengan persetujuan pihak homestay terlebih dahulu dan caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM50 sejam. Jika check out lewat lebih daripada 4 jam, bayaran PENUH akan dikenakan.
Untuk mengelak kesulitan, sila semak dan pastikan tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
Sekiranya tempahan dibatalkan 3 hari sebelum tarikh check-in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda kecuali wang deposit/cagaran tidak akan dipulangkan. Walaubagaimanapun, jika pembatalan dilakukan dalam tempoh kurang daripda 3 hari sebelum tarikh anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan, sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam, sila pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
Sila pastikan tv, lampu, aircond, kipas & peralatan elektrik ditutup/dimatikan selepas digunakan dan sebelum anda keluar meninggalkan homestay.
Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam Astana Kasih Homestay. Jika berlaku kecurian atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak berkuasa.
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan Astana Kasih Homestay.
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam kawasan Astana Kasih Homestay.
Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
Pastikan peralatan dapur yang digunakan telah dibersihkan dan semua peralatan (seperti remote control dan lain-lain) telah diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out. Bayaran Deposit / wang cagaran akan dipulangkan semula ke dalam akaun Bank anda dalam masa 48 jam daripada masa penyerahan semula kunci, selepas ditolak kos kerosakan atau kehilangan peralatan di dalam rumah, jika ada.
Astana Kasih Homestay adalah premis HALAL. Penyewa dilarang membawa makanan, minuman atau barangan yang diharamkan di sisi Islam seperti arak dan daging babi. Pihak Astana Kasih Homestay berhak mengambil tindakan dengan membatalkan penginapan kepada mana-mana penyewa yang mengingkari arahan ini.
Barangan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam Astana Kasih Homestay.
Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di Astana Kasih Homestay.
Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan Astana Kasih Homestay.
Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Astana Kasih Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak Astana Kasih Homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Astana Kasih Homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak Astana Kasih Homestay akan mengenakan bayaran gantirugi kepada anda sebagai penyewa. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.
Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman Astana Kasih Homestay, sila minta mereka menghubungi pihak Astana Kasih Homestay sendiri.
Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke Astana Kasih Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pihak pengurusan homestay sahaja.
JAGA KEBERSIHAN rumah & kawasan sekitar homestay dan buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan. Jika tidak dibersihkan caj sebanyak RM30 akan dikenakan dan akan di tolak dari wang deposit/cagaran.
Jika anda menggunakan Astana Kasih Homestay untuk tujuan majlis atau program tertentu, selain penginapan, seperti majlis keraian, kesyukuran, Aqiqah, pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kursus dan latihan, sila pastikan yang berikut:
a. Khemah hanya dipasang di dalam kawasan Astana Kasih Homestay. Pemasangan khemah di luar kawasan homestay
adalah dilarang.
b. Rumah dan laman homestay ditinggalkn dlm keadaan baik, bersih & tidak kotor selepas majlis/program selesai.
c. Khemah dipasang selepas check-in dan ditanggalkan/dibawa keluar sebelum check-out
d. Bilangan tetamu jemputan tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Astana Kasih Homestay
e. Kenderaan tetamu tidak menghalang laluan dan lalu-lintas keluar masuk kenderaan yang lain.
f. Perkhidmatan RELA untuk menjaga trafik kenderaan tetamu yang keluar masuk sangat digalakkan.Semua aktiviti yang bertentangan dengan syariat Islam, etika kejiranan dan undang-undang Malaysia adalah dilarang di dalam kawasan Astana Kasih Homestay.
PIHAK ASTANA KASIH HOMESTAY BERHAK MEMBATALKAN PENYEWAAN DENGAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI PENYEWA TELAH MELANGGAR TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
NOTIS
PIHAK PENGURUSAN ASTANA KASIH HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA SEMASA BERKUNJUNG DAN MENGINAP DI ASTANA KASIH HOMESTAY.
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH ASTANA KASIH !!! BERJUMPA LAGI!!